Saturday 9 April 2016

Carrot (Lobak Merah) untuk Kesihatan.



Lobak merah mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. 

Seperti semua orang tahu, carrot menagndungi beta karotin ( yg akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita.) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat, terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium, dan thiamine.

10 KHASIAT LOBAK MERAH untuk kita...

1 - Kulit.
Carrot sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Carrot menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu kita untuk mendapatkan kulit yang cerah.

2 - Mata.
Carrot adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu kita untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

3 - Kanser.
Carrot meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

4 - Kolesterol.
Makan satu lobak setiap hari membantu kita untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

5 - Otak.
Carrot mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

6 - Tekanan.
Untuk melegakan daripada tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

7 - Jantung sihat.
Carrot diperkayakan dengan Beta-carotene, Alfa-carotene dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8 - Membersihkan badan.
Carrot mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

9 - Antiseptik kuat.
Sumber mengatakan herba carrot boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. 

10 - Anti Penuaan
Beta-carotene yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel2 di dalam badan.




Tips:
Carrot adalah sayur yang larut dalam lemak. Zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. 
Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus carrot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. 
Lakukan ini demi kesihatan....:)



No comments:

Post a Comment