Saturday 23 April 2016

Manfaat Daun Jambu Batu




Untuk orang yang biasa hidup di kampung, mestilah biasa menggunakan pucuk daun jambu batu untuk kebersihan dan merawat kudis secara tradisional. 
Seperti saya...:)

Di bawah ini, saya sertakan beberapa khasiat pucuk daun jambu batu untuk kesihatan dan Kecantikan.


Untuk Kecantikan :
  1. Hilangkan Jerawat - Petik pucuk daun jambu, 2-3 helai. Pergi cuci bersih2....Ramas2 dgn telapak tangan ( campur air sikit) sampai berbuih... Oleskan ramuan tadi pada wajah yang berjerawat. Tunggu beberapa saat. Then, bilas wajah cantik anda sampai bersih dgn air bersih...:)
  2. Bersihkan wajah yang kotor - Ambil beberapa helai daun jambu batu atau pucuknya...G bawak cuci... Kemudian, blender dgn air atau ramas2 je secukupnya. Lepas tu, gunalah ramuan tu pada wajah atau tempat kotor...buat scrub lagi bagus...

Untuk Kesihatan :
  1. Diabetes - Teh daun jambu batu efektif untuk menurunkan paras glukosa darah pada penderita diabetes. Minum rebusan air daun jambu batu / teh dapat mengurangkan paras kolesterol anda.
  2. Mencegah kudis & ruam - caranya: tumbuk/rebus beberapa helai daun lalu oleskan pada luka/kudis. Kandungan anti bakteria mencegah infeksi dan kandungan steroid mengurangi keradangan sehingga mempercepatkan penyembuhan luka. Boleh diamalkan setiap hari (2x sehari) selama seminggu.
  3. Seriawan mulut - Ambil kira2 segenggam pucuk daun jambu batu. Rebus daun tu sampai didih. Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam. Seterusnya, gunakan air tu untuk berkumur2. Boleh amal 2-3x sehari sehingga sembuh.



HANYA ALLAH YANG BOLEH MELAKUKAN SEGALANYA....
    MANUSIA HANYA BOLEH MELAKUKAN SEMAMPUNYA....







Saturday 9 April 2016

Carrot (Lobak Merah) untuk Kesihatan.



Lobak merah mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. 

Seperti semua orang tahu, carrot menagndungi beta karotin ( yg akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita.) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat, terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium, dan thiamine.

10 KHASIAT LOBAK MERAH untuk kita...

1 - Kulit.
Carrot sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Carrot menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu kita untuk mendapatkan kulit yang cerah.

2 - Mata.
Carrot adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu kita untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

3 - Kanser.
Carrot meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

4 - Kolesterol.
Makan satu lobak setiap hari membantu kita untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

5 - Otak.
Carrot mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

6 - Tekanan.
Untuk melegakan daripada tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

7 - Jantung sihat.
Carrot diperkayakan dengan Beta-carotene, Alfa-carotene dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8 - Membersihkan badan.
Carrot mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

9 - Antiseptik kuat.
Sumber mengatakan herba carrot boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. 

10 - Anti Penuaan
Beta-carotene yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel2 di dalam badan.




Tips:
Carrot adalah sayur yang larut dalam lemak. Zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. 
Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus carrot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. 
Lakukan ini demi kesihatan....:)



Tuesday 5 April 2016

Segelas Air Putih




Kira2 70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Oleh itu, pentingnya air kosong ini saya kongsikan kebaikan2 segelas air putih yang anda minum setiap hari kepada kesihatan anda.



ANTARA KEBAIKAN SEGELAS AIR PUTIH.

1***Perawatan kecantikan - kulit cantik dan sihat.

  • Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut. Hal ini berlaku kerana apabila bekalan air mineral di dalam tubuh berkurangan, maka racun tidak boleh keluar sehingga boleh menimbulkan masalah kulit. 


2***Kesihatan buah pinggang
  • Buah pinggang menjadi tempat “lalu lintasnya” air. Kurangnya minum air mengakibatkan racun terkumpul dalam buah pinggang. Apabila ia sukar keluar, lama-kelamaan boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.Minum banyak air putih untuk membersihkan buah pinggang sekaligus menghindarkan daripada diracuni.
3***Lemah sendi
  • Jika anda hadapi penyakit lemah sendi sila baca dengan sini. Tidak hanya tulang sahaja, sendi juga memerlukan air agar tersimulasi dengan baik. Kekurangan air pada bahagian sendi menyebabkan ia menjadi haus. Akhirnya ia lemah dan tidak mampu menampung atau menyokong pergerakan tulang dengan baik. Meraka yang obesiti atau gemuk selalu hadapi masalah lemah sendi ini. Oleh itu banyakkan minum air putih bagi membantu menyokong sendi anda.
4***Pedih Ulu Hati
  • Pedih ulu hati membuatkan anda rasa pahit pada bahagian kerongkong. Tidak lama selepas itu, anda berasa panas dan tidak selesa pada kerongkong. Ramai orang merasakan keadaan tidak selesa ini disebabkan pengambilan makanan pedas sehingga meningkatkan pengeluaran asid. Walhal kurang minum air putih juga boleh membuat asid dalam perut bertambah. Ini disebabkan kurangnya cecair yang boleh menurunkan pengeluaran asid tadi. Dah makan pedas tu nanti jangan lupa untuk minum air putih secukupnya ya sebab kebaikan segelas air putih ini untuk elakkan sakit pedih ulu hati.
5***Awet Muda
  • Tidak hanya lelaki, wanita juga takut kepada tanda-tanda awal penuaan. Munculnya garis-garis penuaan di wajah. Tidak perlu bimbang fikirkan cara rawatan yang mahal untuk mencegah penuaan. Cukup sekadar minum banyak air bagi memenuhi keperluan tubuh anda. Ini kerana air bermanfaat untuk memperbaiki sel kulit serta menghidrasi kulit dengan baik. Oleh kerana itu usahakan agar anda minum sekurang-kurangnya dua liter sehari. Lebih baik lagi jika air yang anda minum mengandungi oksigen di dalamnya. Ia membantu melancarkan perjalanan darah.
6***Menguruskan badan.
  • Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Untuk atasi kegemukan ini salah satunya pastikan minum air secukupnya setiap hari.




7***Sembelit - pencernaan
  • Sembelit tidak hanya disebabkan kurangnya pengambilan makanan berserat. Salah satu puncanya adalah kurang minum air putih. Ia menyebabkan dehidrasi dan melambatkan pergerakan usus. Banyak sisa makanan terenap dalam usus akhirnya sembelit berlaku. Air mainkan peranan yang besar untuk elakkan sembelit berlaku kepada anda.
8***Alergi
  • Dehidrasi atau kekurangan air mampu meningkatkan risiko terkena alahan. Ketika kekeringan, saluran udara dalam tubuh ikut terpengaruh. ia akan menyebabkan alergi terutamanya yang berkaitan dengan saluran pernafasan. Penyelesaiannya adalah perbanyakkan minum air terutamanya air putih agar mendapat kadar oksigen yang tingg
9***Meningkatkan kesuburan
  • Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.







10***Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.

  • Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.








Kecantikan Wanita


Cantik itu subjektif. Namun itu sesuatu yang sangat penting bagi seorang wanita.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.




Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.

Kecantikan wanita adalah pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta, dia berikan pada seseorang.




Kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Tuesday 29 March 2016

PheRomances Pheromone 50X


Pheromances dicipta khas untuk lelaki yang mementingkan penampilan diri, mengandungi 50x pheromone di dalam botol 10ml pheromances. 2 titis dari pheromances sudah cukup untuk anda kelihatan seksi dan menawan.


Pheromances Pheromone (10ml)

Harga pasaran : RM80.00



Pheromone adalah isyarat daya tarikan seksual bawah sedar (sub-concious mind) atau lebih mudah dikenali sebagai hormon manusia yang keluar melalui peluh.

Apabila sebut tarikan seksual, ianya bukan membawa maksud kepada ubat perangsang. Pheromone adalah sejenis perfume yang dihasilkan dari aroma badan manusia.





Asas pheromone yang perlu kita ketahui:
  1. Pheromone adalah hormon yang keluar melalui / bersama peluh.
  2. Pheromone tidak berbau. Peluh yg busuk bukan bau pheromone.
  3. Pheromone mempengaruhi hidup seharian dari segi emosi, sosial dan hubungan seks.
  4. Perfume pheromone dicipta khas di makmal bahan sintetik.

Saturday 19 March 2016

Matahari perfume by Shiela Rusly


Matahari by Sheila Rusly harus dicuba oleh semua.
Matahari sangatlah harum. Khas untuk peminat Sheila Rusly.

Jaminan kualiti dan haruman berpanjangan dan bertaraf 5 bintang daripada sis Sheila Rusly.



Harga pasaran : RM45.00

Kandungan : 30ml
EDP (Eau de parfum)
Halal.
Muslim product



Kenapa Matahari ?
  • Bau Yang Amat Wangi
  • Mampu Tahan Hingga 12 Jam
  • Setanding Haruman Antarabangsa
  • Menghadap Tuhan Dgn Bau Yang Wangi
  • Harga Mampu Milik Oleh Semua
  • Botol 30ml Yang Mudah Dibawa
  • Haruman Yang Memberikan Ketenangan Dan Kenyamanan

EDP...sembur sedikit sudah cukup untuk membuatkan kita wangi setaman...:)








Untuk sebarang pertanyaan, order @ tempahan, boleh hubungi kak siti via whatsapp, sms  atau e-mail.

H/P No: 013 952 0852
E-mail : ctieysoluters@gmail.com 

Wednesday 16 March 2016

De'Xandra Perfume for HIM

Setakat ini De'Xandra perfume mempunyai 63 jenis perfumes yang paling digemari ramai, dan akan menambah jenis-jenis yang baru mengikut permintaan pasaran yang tinggi.

Ciri-ciri De'Xandra Perfume :
  • Inspirasi jenama antarabangsa (Top Perfume)
  • Setanding produk antarabangsa
  • Produk Halal
  • Pati original, boleh di bawa solat
  • EDP, tahan lama (more than 8 hours)
  • Travel Perfumes
  • 35 ML (tidak terlalu kecil/besar)
  • Packaging yang menarik & cantik
  • Mengikut citarasa Malaysia





Senarai De'Xandra Perfume for HIM.

For Him:
  1. Invictus by Paco Rabanne
  2. Dunhill Blue by Dunhill
  3. Eternity by Calvin Klein
  4. Hugo Boss Bottled by Hugo Boss
  5. Armani Code by Giorgio Armani
  6. 1 Million by Paco Rabane
  7. 212 Sexy Men by Carolina Herrera
  8. Polo Black by Ralph Lauren

Harga Pasaran : RM65.00 sebotol.

Nak harga lagi cun ... pm Ctiey yer...:)









Untuk sebarang pertanyaan, order @ tempahan, boleh hubungi kak siti via whatsapp, sms  atau e-mail.

H/P No: 013 952 0852
E-mail : ctieysoluters@gmail.com